Tuesday, April 17, 2012

Merosak karier

iPhone ni memang bongok!

Bos aku sms suruh aku hantar some info pada GM.
Aku pun sms la dia balik nak cakap:

"Ok..nanti saya beritahu pada GM"


Lepas aku send sms, ohh shit! dia jadi:


"Ok..nanti saya beritahi pada GM"


Memang barai peringkat dewa dewi.

Sunday, April 1, 2012

The Gift, that I've been waiting for so long...



Setiap ayah di dunia ini, ada gilirannya...setelah bersabar hampir 6 tahun, akhirnya giliran gua tiba juga.

Terima kasih Fateem.

Saturday, March 24, 2012

Takaful Selipar



Hari ni, selipar gua dengan rasminya berhenti bekerja sebagai selipar. Bila dah kena Kritikel illness dan cacat kekal macam ni memang kena berehat belakang rumah je la sampai lori MDTM tiba.

Bila fikir balik, menyesal pula gua tak Takafulkan selipar ni dulu.

Kahkahkahkah!

Cilake, punya la havoc scene Takaful gua ni sampai nak membawa ke perlindungan selipar.

Friday, March 16, 2012

Memo #1


Ketika aku mula tulis 'ketika' di entry ni, jam menunjukkan tepat pukul 5.20 pagi. Aku terjaga setengah jam tadi bilamana aku ada rasa nak terkencing. Lepas buang air terus aku tak rasa mengantuk. Mula mula aku nak cuba tidor, tapi aku teringat pula yang aku belum sembahyang Jamak Takhir lagi, aku bangun pula pergi ambil air sembahyang dan terus pekena sembahyang.

Badan aku penat, tapi aku tak boleh tidor. Malam ni pun sebenarnya aku tidor pukul 2. Aku mula rasa mengantuk bila di fesbuk orang yang sebelumnya ramai dah semakin beransur balik ke rumah. Aku baring atas katil, seluar jeans dan baju tshrt Marvel yang aku pakai dari petang tadi aku malas salin. Aku tidor terus dengan dressing smart yang aku pakai masa jumpa klien beberapa jam sebelumnya.

Aku tak boleh tidor sebab badan aku penat. Dari dulu lagi kalau aku rasa penat aku jadi susah nak tidor. Dari zaman belajar membawa ke zaman kerja. Semalam aku duduk rumah jaga 3 orang anak. Isteri aku tak berapa sihat jadi aku kena ambil tugasan menjadi surirumah. Untuk tugasan sebegitu, aku terpaksa memohon Emergency Leave kepada bos di syarikat aku bekerja. Rugi 1 hari cuti aku. Tapi tak apa lah, aku takde hal sangat pun.

Ambil cuti semalam sebetulnya tiada dalam perancangan mingguan aku. Aku ada macam macam hal nak kena urus di Kuala Lumpur. Sepatutnya aku ada breakfast meeting dengan satu kompeni ni untuk bincang isu kapal. Tengaharinya pula aku kena ke bangunan CitiBank untuk satu lagi sesi mesyuarat dengan pasukan project Drilling juga berkaitan hal kapal. Belah petang pulak, aku kena ke Klinik Medijaya di Damansara uptown bawa klien Takaful aku buat medical check up. Klien aku, Mayon. Dia ni kerja satu bangunan dengan aku, juga junior aku masa di UTP. Minggu lepas aku borak dengan dia katanya nak ambil Takaful untuk anak dia yang baru lahir. Jadi aku pun set la satu lepak di Starbucks untuk borak borak. Entah macam mana punya borak dia pun rasa nak angkat Takaful untuk diri sendiri jugak. Aku ok je, takde la nak membantah.

Disebabkan cuti yang tak dirancang, aku kena buat extra work sikit. Telefon aku berbunyi jangan cerita lah. Dari pagi bawak ke petang aku kepit telefon sambil kelola anak. Izali, team member aku paling banyak kali telefon. Kesian aku pada dia. Bila aku takde, kerja planning kapal yang berpuluh bijik tu memang kena tala ke izali, kalau tak Izali, tala ke Amir, atau paling last sekali tala ke kepten Adi. Tapi tala macam mana pun, aku juga la yang kena setelkan sebab kerja planning ni semua dalam kepala aku je. Ye lah kawan kawan aku yang lain pun ada macam macam kerja nak kena buat, derang dapat tolong sikit sikit masa aku cuti memang dah besar rahmat.

Masuk pukul 4 petang, isteri aku dah steady sikit. Dah boleh bangun buat kerja ringan ringan. Kebetulan mak mertua dan kakak ipar aku pun ada plan nak datang rumah lepas Asar. Hahh memang aku lega sangat la. Aku beritahu isteri aku yang aku masih ada kerja nak kena selesaikan di KL. Aku beritahu aku dah janji dengan Mayon nak bawa dia buat ME di Damansara, juga aku beritahu aku kena jumpa sorang potential klien di Shah Alam jam 9 malam. Aku dah set appointment dengan Mayon dan Aida (potential klien) sehari sebelumnya. Jadi agak rumit kalau aku nak kensel last minit. Dan pemberitahuan aku yang akhir sekali, aku kena tidor di KL. Tidor di mana tak tahu lagi, itu pandai pandai la aku uruskan. Kepala aku ligat fikir mana aku nak tumpang tidor. Aku teringat Mamluk, dia ada di KL on job assignment sekarang. Aku sms "Malam ni Yassin?". Tak lama lepastu Mamluk reply "Kat masjid mana?". Aku gelak dalam hati. Aku sms balik, "Makan nasi kandar Yassin kat jalan chowkit". "Pukul berapa sampai?" tanya mamluk lagi. Aku balas, "Dalam pukul 11 lebih..". Hahh tektik aku nak tumpang tidor nampaknya berhasil.

Jam dah pukul 4.30, aku sms Mayon pula, "Jumpa di McD Uptown 6.30..", lepas aku sms Mayon, aku sms Aida "Saya jumpa awak dalam pukul 9 lebih, nanti dekat sampai Shah Alam saya call".

Aku terus mandi dan bersiap siap. Kalau pukul 6.30 di Damansara, paling lewat aku kena keluar rumah mestilah pukul 5.30. Lepas mandi lebih kurang aku sarung jeans dan tshirt Marvel. Lately aku suka pula pakai tshirt ni. Bila pakai tshirt Marvel ni aku rasa badan aku kurus sikit, dan lagi penting aku rasa aku dapat spirit superheroes bila pakai tshirt ni. Terima Kasih pada Luca yang bagi aku tshirt ni. Ok..sebenarnya dia bukan bagi. Aku exchange tshirt dengan dia. Aku ingat masa aku pergi Singapore 2 bulan lepas aku ada beli satu tshirt band 'Exodus'. Aku beli di Far East Plaza beberapa jam sebelum flight time balik KL. Turun je KL malam Sabtu tu aku terus ke pejabat Luca untuk tumpang tidor. Kalau balik ke Tg Malim tak berbaloi pulak sebab esoknya aku kena datang KL balik sebab nak attend kenduri kahwin Obefiend. Aku tunjuk kat Luca tshirt band Exodus yang aku baru beli dengan harga SingDollar 35. Luca minat pula tshirt tu. Aku cakap kalau kau nak tshirt ni kau tunjuk aku tshirt baru apa yang kau ada. Kalau aku bekenan, baru boleh tukar. hahaha. Sekali Luca buka wardrobe aku terus glimpse tshirt Marvel. Tag pun tak bukak lagi. pehhhh aku cakap aku nak tshirt Marvel ni. Persetujuan dicapai, tshirt bertukar tangan. Hari tu aku pergi kenduri kahwin Obefiend pakai tshirt Marvel, selamber.

Jam pukul 6.15 petang, aku masih atas highway area Sungai Buluh. Hujan lebat gila dari mula aku masuk highway Tanjong Malim sampaila ke Sungai Buluh hujan tak berhenti. Henset aku berbunyi, ada call masuk. Mayon call.
"Aku dah sampai McD, kau kat mana?" teriak Mayon. Aku bgtau dia aku masih atas highway, aku minta dia bagi masa 10 minit sebelum aku sampai. Lepas letak talipon kereta pun ngam ngam sampai ke simpang KL-Subang lepas sikit dari RNR Sungai Buloh. Bila aku himpit masuk ke arah Subang, macam biasa. Jammed. Hujan dan pukul 6.30 petang. Memang kombinasi mantap untuk membuahkan suasana jammed seterusnya menjadikan manusia dijalanraya bertambah dosa dengan upacara maki hamun.

Pukul 6.40 aku dapat keluar dari neraka NKVE dan terus susur ke exit Damansara. Jalan lapang, lega. Aku sms balik Mayon beritahu aku tengah cari parking. Ambil hati kawan kawan orang kata. Risiko juga bila aku sms 'tengah cari parking' sebab aku tak tahu apa lagi ujian jalanraya yang aku kena redah lepas bayar tol. Walaupun Uptown dengan tol Damansara jaraknya sekangkang kera, tapi kalau kena jammed memang masak.

Aku sampai di McD, hujan tengah menggila. Mayon steady je dengan laptop dia buat kerja apa benda aku tak tahu. Takde burger atau air coke atas meja dia. Bagus!. Aku dari petang semalam dah pesan pada dia esok kena puasa sampai petang, sebab ME ni kena ambil darah. Kesian juga si Mayon tak pasal pasal kena puasa. Tapi rokok dia balun entah berapa puluh batang hari ni aku tak tanya pulak. "Jom kita!". Aku dan Mayon bangun menuju Klinik Medijaya di seberang jalan. Mayon bukak payung, dia payungkan aku sekali. "Celaka!, janganla buat macam ni Mayon..jatuh la air muka jantan aku jalan dalam hujan pakai payung, kongsi dengan kau pulak tu". Mayon gelak, "Tak mahu sudah!" katanya.

Pukul 7.45 malam baru ME habis. Aku siap siap niat jamak Takhir. Aku ajak Mayon makan di Kopitiam sebelah Klinik Medijaya tu. Lengang sikit. Kalau makan di foodcout uptown semak kepala dengan bising, lagi pun hujan. Sambil berborak aku sms balik Aida. "Saya di Damansara, hujan lebat, nanti dah gerak masuk shah alam saya inform balik". Sedang aku gigit roti bakar, sms Aida masuk, "Ok..nanti kita jumpa di Pak Ali Kopitiam dekat dengan Hakim S7". Aku jawab balik, "ok". Aku mula congak jalan mana aku nak ambil paling cepat ke Shah Alam seksyen 7. Lama juga aku tak ke Shah Alam ni, jalan jenis banyak roundabout macam shah alam sebenarnya senang hendel, sebabnya kalau sesat macam mana pun mesti boleh jumpa tempat yang kau orang nak pergi. Unless kalau kau memang buat hati dengan jalanraya, lalu 18 kali jalan yang sama pun kau terkial kial tengok signboard, itu aku tak boleh nak cakap apa lah.

"Shall we?", aku berbahasa orang putih pada Mayon. Mayon yang dari tadi borak pasal futsal bersetuju. Lepas bayar bil, aku dan Mayon ambil haluan masing masing. Aku tentunya ke Shah Alam, Mayon aku tak tahu. Tak sempat tanya dia nak ke mana.

Jalan dari Damansara ke Shah Alam tak jammed. Aku masuk NKVE dan keluar exit Shah Alam. dah nama pun nak ke Shah Alam, mesti la aku keluar exit Shah Alam, takkan aku nak keluar exit Klang pulak ye tak?. Sampai di simpang tol, aku call Aida. Aku dah janji bila aku masuk Shah Alam aku akan call. "Saya dah di tol Shah Alam, dalam 10 minit lagi sampai area Hakim". "Ok..ok.." jawab Aida. Aku tengok jam di henset, dah pukul 9.10. Jalanraya free and easy. Aku pecut sikit Alza lebih laju dari biasa. Alza ni berjasa betul dengan keluarga aku. Aku kerah tenaga dia until the last sweat orang kata. Aku beli Alza ni tahun 2010. Baru 2 tahun kilometer dia dah cecah 65,000. Mana taknya, aku belasah bawak hari hari ulang alik Tanjong Malim - KL - Tanjong Malim, memang kaw la. Kawan kawan yang selalu tumpang aku ke KL pun pernah puji ALza aku ni. Ahhh aku tak kisah la derang puji sebab aku bagi tumpang atau memang betul betul puji. Tapi Hezal dengan Fakhrin (dia ni pernah bagi aku sandwich dengan kata kata nasihat yang buat aku rasa nak menagis) 2 orang kawan aku ni memang regular naik Alza. Derang bayar tambang RM10 pergi balik. Orait la kan?, kalau naik bas pergi balik dah RM14. Naik kereta Alza dengan aku bayar RM10 je. Kalau macam Hezal tu aku siap aku ambil hantar sampai depan rumah lagi.

Aku sampai Hakim kira kira 10 minit lepas aku call Aida. Aku pusing pusing sekitar Hakim nak cari Pak Ali Kopitiam. 2 kali pusing tak jumpa. Hakim ni aku dah tinggalkan lama dulu. Seingat aku last aku melepak di Hakim ni tahun 2004 dulu. Sekarang dah tahun 2012. Dah 8 tahun aku tak main area Shah Alam. Lepas habis belajar, aku dah jarang turun Shah Alam. masa zaman belajar, setiap kali cuti semester aku mesti datang Shah Alam duduk rumah Tat di seksyen 8. Keluarga Tat ni dah macam keluarga angkat aku. Sekali datang mesti duduk paling tidak 3 hari. Sampai sekarang pun kalau ada kenduri kendara rumah Tat, kalau dijemput InsyaAllah aku datang punya. Sekarang Tat pun dah tinggal di Paris. Kalau balik Malaysia pun sekejap sekejap, jumpa pun di KLCC je lah. Dulu masa belajar sparring partner aku Tat ni lah. Kami sama sama slow dalam kelas. Paling slow. Ooohh sorang lagi slow Ibab. sekarang Tat dengan Ibab dah power. Tengokla Tat dah kena hantar ke Paris. Ibab pulak dulu pernah duduk di Mauritania. Sekarang dia reside di Kerteh. Aku je dari zaman belajar membawa ke zaman kerja tak power power. Ahhh lantak lah.

Masuk 3 kali pusing, aku masih tak jumpa juga Pak Ali kopitiam tu. Aku call Aida balik. "Tak jumpa pun Pak Ali kopitiam?". Aida tanya aku di mana?. Aku jawab la aku kat Hakim. Hakim baru ke Hakim lama?, dia tanya lagi. Arghhhh macam mana aku boleh tak ingat Hakim ni ada dua. Aku pulak by default bila cakap Hakim, fikiran aku terus capture scene aku pernah terbabas di Shell simpang nak ke Hakim tu. Bila sebut Hakim, hahh mesti di area Shell. Aku tahu mesti Aida ni tunggu di Hakim baru. Masa ni kereta aku betul betul depan Khulafa. Kereta depan tunggu nak masuk parking, aku pulak tak boleh nak memotong jalan sempit, jadinya kena la tunggu angkat handbreak. Aku congak congak nak ke Hakim baru dengan mamat terkial nak memarking depan ni mahu makan 10-15 minit juga. Aku ta suka orang tungu aku. Apatah lagi yang tunggu aku tu klien. Tak power la imej Takafulman kalau klien yang kena tunggu aku. Sambil menunggu kereta depan setel parking, aku tengok Khulafa orangnya ramai macam dulu jugak. Kerusi meja melimpah sampai ke jalanraya. Luca pernah buat perangai di Khulafa ni kalau tak silap aku. Samada Hakim atau Khulafa, aku dah lupa, tapi yang pasti salah satunya. Orang ramai gila. So duduk meja luar. Order makan macam macam, ayam tandori, nan, sekali dengan mee goreng segala bagai. Bila pergi kaunter nak bayar, mamak casher tanya "Makan apa?". Luca jawab, "Roti canai kosong dengan air suam". Memang setan punya perangai.

"Ehh takpe macam ni, awak stay je kat Hakim lama..saya datang" - kata Aida masa dia call balik. Kereta depan dah dapat parking, aku terus ke depan, ada kotak parking betul betul depan Hakim. Cun!.

********

Aku dah tak larat nak sambung ni, nanti lah aku sambung...aku nak pergi mandi, sembahyang subuh dan kejut Mamluk. Chow!

- Bilik Mamluk, Mandarin Oriental room 1407-

Tuesday, March 13, 2012

Kau sakit lepak sedap, orang tua kau sakit?


Kalau ye pun kompeni kau punya medikel kad terlalu power cover semua anak isteri masuk Prince Court, takkan lah kau tak terfikir nak bagi kad Takaful ni pada mak ayah kau? Kau tak terfikir ke nak bagi mak ayah kau merasa masuk Prince Court macam yang anak isteri ko merasa? kata gaji besar sangat, berkira ke?

Kalau gaji kecik pun, takkan lah kau tak terfikir nak kongsi sorang seratus dua dengan adik beradik bayar medikel kad bulan bulan untuk orang tua kau di kampung?

Kakak kerja cikgu di Pahang, adik kerja di Putrajaya, kau pun kerja steady juga aku tengok.

Nak keluar duit sorang seratus dua untuk mak ayah pun fikir sampai tak tidor malam ke?

Kau paham ke tak apa benda aku cakap ni?


fird_ahmad@yahoo.com

Mouse


Gua baru sampai pejabat 10 minit tadi.

Gua keluarkan laptop dari beg galas Jansport, flip on dan tunggu screen menyala.

Bila screen dah menyala, gua scroll mouse yang memang setiap hari gua tinggal atas meja.

Scroll scroll mouse cursor tak boleh jalan...goyang goyang mouse pun cursor tak boleh jalan..


Gua goncang goncang mouse sampai kak Maznah yang duduk depan meja gua ni toleh ke belakang.

"Apesal?" - tanya kak Maznah

"Ahh serabut la kak pagi pagi mouse ni dah buat hal!" - balas gua marah.

Gua tak pedulikan kak Maznah dan terus goncang goncang mouse, klik klil klik klik sampai jari penat.

"Apehal hal pulak ni?!" - marah gua dalam hati sambil mulut dah mula nak keluarkan kata kata kesat.


"Mouse wireless ke?" - tanya Kak Maznah lagi bunyi nak menolong.


"Ahhhh wireless mende nye tengok wayar berselirat tu haa?" - gua moncong ke wayar mouse yang berselirat atas meja.


Kak Maz duduk balik tempat dia sambung buat kerja. Dari belakang ni gua dapat dengar si Kak Maz ni membebel sorang sorang entah pada siapa:


"Dah tahu mouse tu bukan wireless, cucuk la wayar tu ke laptop dulu, baru la dia boleh jalan."


Tanpa teragak agak, gua capai mouse terus baling ke luar tingkap KLCC.

Bodoh punya mouse!
Pagi pagi macam ni dah bikin hati panass!

Sunday, March 11, 2012

Projek Baru


Selama seminggu dua ni aku asyik terfikir satu cerita dalam kepala. Makin hari makin solid aku rasa cerita aku ni. Aku ingat nak tulis cerita ni masuk dalam buku.

Lepas masuk buku, jadi filem pulak. filem pulak meletop. Masa ni mesti aku jadi sibuk dengan macam macam event. Mesti aku takde masa nak jual Takaful macam sekarang. Kerja aku masa tu mesti dah jadi berterabur sebab aku tak cukup masa. Sembahyang pun sempat belakang stage je.

Kahkahkahkah!

Kita tunggu..! kita tunggu..!!!